Tag Archives: religion

Kisah Takaful

Tahukah anda takaful sudah wujud sejak Tamadun Arab lagi. Cuma ia tak di panggil takaful ketika itu. Konsep yang digunakan lebih kurang dengan konsep Takaful yang kita guna sekarang.

Takaful digunakan dahulu adalah untuk perkongsian risiko perniagaan. Sistem Pengankutan dulu takde lori. Oleh itu untuk pergi berdagang, setiap pedagang akan membawa puluhan ekor unta untuk membawa barang dagangan mereka. Mereka akan bergerak secara berkumpulan iaitu satu trip akan ada beberapa orang tauke. Setiap tauke Arab ni akan membuat perjanjian sesama mereka, iaitu jika salah seorang dari mereka di rompak atau di timpa bencana, Maka setiap tauke yang turut serta akan memberikan seekor unta yang penuh dengan muatan sebagai bantuan kepada rakan mereka yang kerugian.

Konsep yang diguna pakai oleh Saudagar Arab nie menyerupai konsep takaful yang diamalkan di Malaysia dan di dunia sekarang. Cuma sekarang ada banyak kelebihan. Kita bukan hanya untuk perkongsian risiko perniagaan, ia juga boleh digunakan untuk perlindungan keluarga, perlindungan perubatan,perlindungan pendapatan dan berbagai-bagai lagi.Konsep yang digunakan tetap sama iaitu apabila ahli takaful di timpa musibah maka pengendali takaful akan memberikan bantuan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Takaful adalah sangat penting untuk meningkatkan ekonomi Umat Islam sekarang. Cuba kita kaji kembali mengapa Saudagar Arab membuat perjanjian takaful dulu. Mereka berbuat begitu untuk mengelakkan diri mereka mengalami kerugian besar. Oleh itu setiap pedagang membuat perjanjian perkongsian kerugian atau lebih tepat lagi perkongsian risiko dimana jika berlaku sesuatu mereka akan mendapat pampasan dari ahli yang lain, jadi Tauke Arab tersebut masih boleh berniaga.

Jadi kita di Malaysia terdapat banyak risiko yang boleh di kongsi seperti risiko perniagaan, risiko kehilangan pendapatan, risiko bil perubatan dan lain lain lagi. Terdapat juga 12 syarikat Takaful yang bersedia untuk berkongsi risiko dengan anda. Salah satu darinya ialah AIA AFG Takaful Bhd. Hubungi Yusnan untuk mengetahui bagaimana anda boleh berkongsi risiko bersama kami.

Skeptikal tentang takaful/insurance

Pernah tak, bila orang dengar tentang agen insurans- satu pandangan aneh dilontarkan…. semacam …

“eh, nak tipu orang la tu”

“dia ni, nak paksa orang beli insuran la”

“kalau aku layankan dia ni, boleh pekena ayaq free”

“ni semua geng-geng mlm la…”

“ni kalau dilayan, tak berenti bercakap ni”

“ni – tak pikiaq anak bini- dok sembang memanjang, tak keje ke”

“blajaq malas, dok keje lagu ni”

Kenapa jadi macam ni?

Jom kita ulas satu per satu….

Agen insurans/takaful sering dikaitkan denga penipuan sebab mass public tak begitu terdedah dengan kepentingannya. Bila beli kereta atau rumah, pihak bank mewajibkan pembelian insurans/ takaful sebagai back up- tapi customer tak bising. Sebab, bank dikaitkan dengan imej ‘membantu’ (sebab bagi hutang)’. pelik kan? Betapa pentingnya takaful ini akan dipandang bila ada client buat claim dan war-warkan pada kaum kerabatnya. oleh itu, rakan-rakan yang berkecimpung dalam bidang ini- jangan putus asa, teruskan sesi konsultasi dan berikan servis kepada klien yang sedia ada. dengan itu, reputasi anda akan menaikkan imej semua. kepada bakal agen, ianya fenomena biasa. belajarlah kaedah untuk menangani pemikiran tersebut.

“Paksa beli?”… well mungkin ada agen yang bersifat mendesak. difahami- kerana ianya merupakan income sendiri. namun, ‘memaksa’  bukan kaedahnya- berikan info kepada client sehingga dia benar-benar faham kepentingan. perkara sebegini akan menjatuhkan imej. seringkali agen takaful dikaitkan juga sebagai salesman… benarlah begitu- namun upgrade sikit lagi… kita (saya dan anda) terlibat dalam marketing  produk yang diinovasikan mengikut income dan keperluan klien… jadi, ianya bersifat sesuai (compliment) kepada klien tersebut. dan pembetulan- saya tidak menjual insurans, saya hanya mempromosi takaful. Jika anda menyertai takaful, keperluan anda semasa anda ditimpa musibah akan kami bantu…

Banyak agen yang berbincang sambil minum air. klien atau prospek dibelanja minum air. hal ini bergantung… ada prospek yang mengambil kesempatan… namun bagi agen, ambillah peluang ini untuk menajamkan skill presentation… berikan ruang untuk soal jawab dan kalau mampu, cubalah tarik orang sekeliling utnuk terlibat dengan perbincangan… after all, worst come to worst… halalkanlah minuman tersebut… Allah berikan ruangan kepada kita untuk berbelanja untuk orang lain. Bila kita belanja dengan ikhlas, insyaallah, Allah akan bantu kita.

Geng ‘mlm’?… sejak adanya ‘mlm’ ni, ramai yang jadi kaya- namun ramai juga yang papa kedana. mungkin disebabkan waktu bekerja dan tempat bekerja yang fleksible agen takaful dikaitkan juga dengan ahli ‘mlm’. jangan lupa, anda adalah agen takaful- anda menjual produk yang dapat menjamin kesejahteraan client kita apabila mereka memerlukan. Kenapa anda perlu rasa rendah diri. ingat takaful bukannya skim yang anda invest beberapa ribu, cari orang bawah dan rilek, pastu duit generate sendiri….. No No No…. Apa yang anda perlu buat sebagai Perunding Takaful ialah… cari klien, analisis produk dengan selari dengan keperluan klien, present dan berikan servis untuk pembayaran dan claim… anda mendapat komisyen kerana anda perlu berikan servis kepada klien selama mana klien anda mencarum….

Nak buat macam mana… agen takaful belajar untuk bercakap dengan baik… belajar untuk menjual produk dengan berkesan… namun, saya percaya dengan bercakap banyak dan laju- input yang diperoleh tidak sempurna.. adakan lakaran, analogi atau sedikit gimik untuk berikan ummmphhh pada jualan… ada gesture yang boleh dipelajari untuk menjalankan persembahan dengan lebih baik…

Ingat, agen memilih kerjaya ini atas sebab yang tersendiri. namun, ingat mereka  (saya dan anda) juga mencari rezeki yang halal untuk nafkah keluarga.. kerjaya ini membolehkan saya bekerja dengan lebih santai (bersembang) dan lebih terlibat dengan manusia (berbanding sebelum ini). saya mahu menjadikan ini sebagai dunia saya setiap hari. benar, banyak appoinment dan sales dijalankan pada waktu malam dikedai-kedai kopi kerana banyak prospek bersedia untuk pertemuan selepas waktu bekerja (maksudnya malam atau hujung minggu)…. kalau boleh jika diberikan pilihan semua mahu berkerja ofis hour sahaja kan?

hahahaaa…. tahukah anda, ramai agen yang dulunya bekerja disektor-sektor hebat. tidak kurang yang berhenti dari menjadi penjawat awam untuk terlibat dengan serius dalam bidang ini. Jangan pandang rendah industri Takaful kerana ia adalah suatu bidang yang di iktiraf dunia. Terdapat persatuan yang diiktiraf dunia untuk takaful sama seperti kerjaya profesional yang lain seperti Engineer, Peguam, Akauntant dan lain2. Apa-apa pun setiap Perunding atau agent perlu ingat, Kerjaya kita adalah untuk membantu masyarakat bersiap sedia untuk menempuhi detik2 sukar dalam hidup mereka. Seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan- kalau dah hujan baru nak cari payung, sorry beb…confirm basah….

Jadi fikir-fikirkan jika anda ialah Perunding Takaful-anda mesti bersemangat untuk mempromosikan takaful kerana kerjaya anda adalah kerjaya yang mulia iaitu membantu meringan beban client anda apabila mereka ditimpa musibah. Jika anda sudah memiliki sijil takaful- Tahniah anda telah membuat keputusan yang sangat bijak dalam merancang kewangan keluarga anda..

Jadi kepada yang mencari bidang kerjaya yang terbaik untuk anda dan masyarakat sekeliling anda. Takaful perlu menjadi pilihan anda.

Hubungi Yusnan 010-777 5912 or email at nadiinsan.7@gmail.com untuk maklumat lanjut