Tag Archives: Perniagaan

Kepentingan Pendapatan

Pendapatan, income atau gaji adalah nama yang diberikan untuk rezeki yang diperolehi dalam bentuk wang ringgit. Income ni menjadi salah satu wadah penting dalam ekonomi masyarakat sekarang. Mana tidaknya, apa saja yg diperlukan mesti kene ada duit hatta nak ke tandas sekalipun perlukan duit.

Dalam institusi keluarga juga pendapatan ni sangat penting untuk menguruskan keluarga, yuran sekolah anak, bil telefon, bil letrik, ansuran pembiyaan rumah dan kereta dan bermacam-macam lagi. Jadi, untuk memperoleh income tersebut, kita perlu la bekerja atau berniaga.

Hari ni saya bukan nak bercerita macam mana nak menambah pendapatan atau mendapatkan pendapatan. Tapi, saya nak bercerita kenapa kita perlu lindungi pendapatan kita. Pendapatan atau income yang kita perolehi kebanyakan darinya digunakan untuk menyara dan menguruskan keluarga yang tercinta. Jika terjadi musibah pada breadwinner seperti hilang upaya kekal atau lumpuh, maka syarikat tempat kita kerja terpaksa memberhentikan kita. Kerana kita tidak lagi mampu untuk memberikan khidmat kita. Jestru, sumber pendapatan kita juga turut terhenti. Jika hal ini berlaku maka keluarga kita akan menerima impak yang besar jika kita tidak melakukan persediaan awal.

Persoalannya, bagaimana kita nak melakukan persediaan itu?

Dalam perkhidmatan takaful, terdapat beberapa cara untuk membuat persediaan. Salah satunya ialah dengan mengambil pelan perlindungan pendapatan.

PELAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN

Memberikan manfaat perlindungan serta simpanan dalam satu pelan.

  • Manfaat Perlindungan
    • Memberikan wang sekaligus jika berlaku musibah kematian, hilang upaya kekal atau lumpuh.
    • Contoh jika kita menyumbang RM3600 setahun, kita akan diberikan perlindungan sebanyak RM500,000. jika musibah kematian, hilang upaya kekal atau lumpuh terjadi maka syarikat takaful akan memasukkan RM500,000 ke akaun kita atau waris.
    • Manfaat perlindungan adalah dalam bentuk hibah jadi jika berlaku kematiaan manfaat ini tidak perlu melalui proses faraid.
  • Manfaat Simpanan
    • Sebahagian dari wang sumbangan kita akan dilaburkan dalam pelaburan yang diselia oleh panel syariah.
    • Di waktu matang syarikat akan menambah 20% dari wang yg ada dalam simpanan kita di waktu itu

Sila hubungi Yusnan 0195732636 untuk mengetahui lanjut tentang pelan perlindungan pendapatan atau email kepada nadiinsan.7@gmail.com

Click sini untuk pertanyaanclick here to know more

 

Bina Kerjaya Anda Dengan Membantu

Assalamualaikum wbt

Di sini saya nak share suatu kerjaya yang best. Kerjaya ni memberikan kita peluang untuk membantu masyarakat.

Apa yang dapat kita bantu?

  • Pernahkah kita mendengar tentang orang yang memerlukan bantuan untuk kos rawatan diri atau anaknya atau pasangannya? Jika hal bantuan-703432ni berlaku berapakah bantuan yang dapat kita hulurkan untuk membantunya… RM10,,RM20 Atau RM100

Dengan kerjaya ini jika kita dapat membantu seseorang untuk merancang kewangan mereka kita telah menyediakan minimum RM100,000 untuk kegunaan perubatan mereka dan keluarga… RM100,000 ini diberikan tanpa perlu membayar balik, *tertakluk kepada terma dan syarat

  • Pernahkah kita mendengar rayuan bantuan kos sara hidup asbab kematian suami/ibu/ayah? jika hal ini berlaku berapakah bantuan yang mampu kita hulurkan dan berapa lamakah kita mampu membantu keluarga itu?

Dengan kerjaya sebagai perunding kewangan takaful kita boleh memastikan keluarga-keluarga di luar sana mempunyai dana yang mencukupi jika sesuatu musibah menimpa. Dana yang dapat membantu anak-anak mereka meneruskan kehidupan seperti yang dirancang dan juga pasangan dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan keadaan yang baik…

images

Jom sertai Kami dan membantu saudara-saudara kita diluar sana untuk merancang kewangan untuk memastikan mereka bersedia jika musibah menimpa…

untuk maklumat lanjut tentang kerjaya ini.

Hubungi Yusnan 019 5732626 atau email ke nadiinsan.7@gmail.com

 

Kerjaya Profesional menjamin Pendapatan Lumayan

Assalamualaikum wbt

Setiap insan mengetahui kerjaya berkadar terus dengan income . Ramai yang mengimpikan Kerjaya Profesional yang dapat menjana pendapatan lumayan.

Antara kerjaya yang selalunya menjadi cita2 ramai kanak-kanak di zaman persekolahan

  1. Doktor Perubatan
  2. Engineer
  3. Guru
  4. Askar
  5. Pilot

Berdasarkan statistik, income yang lumayan adalah dari beberapa bidang yang di luar jangkaan kita. Berikut adalah hasil kajian untuk pendapatan Fresh Grad untuk beberapa Kerjaya

image

 

Kebanyakan kerjaya yang terdapat dalam list cita2 di zaman kanak2 tiada dalam list kerjaya berpendapatan lumayan…

Inilah realiti yang perlu kita tahu, tetapi ini adalah based on pendapatan Fresh Grad… Bila dah ada pengalaman lain pulak la carta dia.

Dari statistik ’10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi’ kita boleh la reset cita2 kita untuk mencapai matlamat keinginan dari segi income dan kepuasan diri…

Saya ingin menjemput sahabat2, rakan2 dan sesiapa yang ingin mengetahui peluang dalam perkhidmatan kewangan dan bagaimana perkhidmatan kewangan ini dapat membantu masyarakat dan juga menjana income boleh lah menghubungi saya samaada dengan Call, wasup atau email.

Call/Whatsapp 019 573 2636

email nadiinsan.7@gmail.com

Pelan Perlindungan Pendapatan

Alhamdulillah… Tahun 2015 telah berakhir, kini 2016 bakal memberikan suatu pengembaraan baru, kami di Nadi Insan  mendoakan semua pembaca, pelanggan dan umat islam mendapat keberkatan dan kebaikan di tahun 2016.

Baru baru ni Syarikat AIA Public Takaful melancarkan produk yang sangat menarik untuk membantu dikala musibah menimpa. Produk ini memberikan perlindungan yang tinggi tanpa perlu melakukan pemeriksaan perubatan.

image

Ramai yang bertanya mengapa kita perlukan perlindungan yang tinggi?

Perlindungan yang diambil adalah untuk kegunaan semasa kecemasan, contohnya sewaktu kita sudah tidak mampu bekerja, kita terpaksa mengunakan duit yang banyak untuk membeli alat bantuan, perubatan alternatif, perbelanjaan harian dan sebagainya. Jika diwaktu itu kita tiada dana kecemasan yang mencukupi, pelbagai kesusahan yang terpaksa kita lalui kerana pendapatan kita sudah tiada lagi…image

Jika dilihat didada dada akhbar pelbagai cerita boleh dibaca.. Antaranya ‘Isteri lari,Suami Lumpuh’ ‘Rayu bantuan rawatan isteri’ dan pelbagai lagi

Bertindaklah sekarang, Dapatkan perlindungan pendapatan untuk anda dan keluarga anda.

Hubungi saya 019-5732636 untuk mendapatkan maklumat lanjut

 

Peluang Kerjaya sebagai Perunding Takaful Part Time dan Full Time. Hubungi saya ditalian 019-5732636 untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Utusan Malaysia

Assalamualaikum wbt

Kelmarin saya mendapat panggilan dari pengarang Utusan Malaysia berkenaan sambutan generasi muda terhadap insurance/takaful.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-muda-kurang-kesedaran-kepentingan-miliki-insurans-1.116657

image

Alhamdulillah dapat berkongsi sedikit info dan berharap rakyat Malaysia mendapat manfaat dari perkongsian terbabit..

Ramai yang masih tidak tahu kepentingan Takaful dan bagaimana Takaful dapat membantu dikala musibah menimpa. Ramai juga yang mencarum di takaful sekadar ‘janji ada’ dan tidak tahu manfaat dan adakah takaful yg di ambil memenuhi keperluan kita.

Rancanglah kewangan anda sebaik mungkin supaya ia dapat membantu anda di masa hadapan.

Hubungi saya Yusnan 019 5732636 untuk mendapat maklumat lanjut

Generasi muda kurang kesedaran kepentingan miliki insurans

imageKUALA LUMPUR 24 Julai – Kesedaran mengenai kepentingan dan fungsi memiliki polisi insurans atau pelan perlindungan diri dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda di negara ini masih pada tahap rendah.
Penasihat Kewangan, Kumpulan Kewangan Capspring Temasik Sdn. Bhd., Mohd. Amin Maktar berkata, kebanyakan orang muda tidak memahami konsep berkenaan faedah, kebaikan dan keperluan memiliki skim berkenaan.
Katanya, rata-rata generasi mu­da merasakan mereka dalam keadaan selamat dan masih mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa serta merasakan polisi insurans terbabit bukanlah satu ke­perluan utama dalam kehidupan.
“Generasi muda sekarang lebih mementingkan untuk memiliki kenderaan, rumah dan gajet canggih berbanding membeli pelan perlindungan diri dan keluarga kerana merasakan perkara tersebut merupakan pilihan dan tidak begitu penting dalam usia mereka.
“Berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam industri pengurusan kewangan ini, saya melihat, kebanyakan kesedaran masyarakat untuk memiliki polisi berkenaan hanya bermula pada usia 35 tahun ke atas dan membeli hanya apabila salah seorang ahli keluarga telah sakit atau terlantar di hospital,” kata­nya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai sikap sebahagian besar golongan muda terutama orang Melayu yang belum sedar tentang kepentingan mempunyai insurans atau pelan perlindungan diri.
Kajian yang dijalankan oleh Perspective Strategies Sdn. Bhd. ke atas 2,021 responden di seluruh negara melibatkan beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mendapati 75.6 peratus atau 1,528 orang tidak dilindungi insurans.
Malah, lebih mengejutkan apabila 76 peratus daripadanya adalah orang Melayu yang tidak memahami kepentingan pelaburan jangka panjang.
Menurut Mohd. Amin, kebanyakan syarikat insurans di negara ini kini menawarkan pelbagai pakej polisi insurans atau pelan perlin­dungan mengikut kemampuan dan kehendak pelanggannya.
“Bagi saya tidak timbul lagi isu mahal atau mereka (generasi muda) tidak mampu memiliki pakej asas insurans akibat terbeban de­ngan faktor kewangan memandang­kan harga pelan perlindungan terbabit disediakan mengikut bajet pengguna.
“Tidak semestinya membeli polisi yang harganya lebih murah, mereka tidak mendapat faedah yang mencukupi untuk melin­dungi diri daripada sebarang situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan dan kematian,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd. Amin berkata, golongan muda perlu memiliki pelan perlindungan sebagai perancangan jangka panjang dan kesedaran tinggi dalam kepenti­ngan memilikinya bagi memastikan mereka bakal mendapat perlindungan terbaik pada masa akan datang.
Sementara itu, Perunding Kewangan AIA Public Takaful Berhad, Yusnan Alwi Yusof berkata, pemahaman dan pendedahan mengenai kepentingan memiliki skim insurans masih kurang dalam kalangan generasi muda.
“Kebanyakan masyarakat di negara kita mempunyai persepsi dan stigma negatif mengenai keperluan membeli insurans dan menganggapnya tidak penting serta membazir memandangkan mereka tidak melihat akan manfaat malah faedahnya secara keseluruhan.
“Kesedaran mengenai kepentingan polisi ini masih rendah, saya cadangkan agar pendidikan kewangan diterapkan bermula pada peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti memandangkan insurans atau pelan perlindungan ini merupakan teras utama dalam perancangan kewangan,” katanya.

Sumber: Utusan.com.my
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-muda-kurang-kesedaran-kepentingan-miliki-insurans-1.116657#sthash.MX6daoIC.dpuf

Takaful Family Medical Card

Bermula dari tahun 2011 AIA Public Takaful telah melakar sejarah apabila produk Family Medical Card diperkenalkan. Satu satunya syarikat Takaful yang memulakan produk Medical Card untuk Seisi keluarga.

IMG_4811

Antara ciri ciri hebat pelan Medical card keluarga ini adalah

1) Memberikan perlindungan untuk seisi keluarga dengan limit berasingan.
Dengan mengambil pelan Medical Card keluarga ini dengan bayaran lebih kurang RM331*. Pelan ini memberikan perlindungan sebanyak RM100,000 untuk setiap ahli keluarga.
Contoh:
En Ali mempunyai seorang Isteri dan tiga orang anak. Apabila En Ali mengambil pelan Medical Card Keluarga, setiap ahli keluarganya akan mendapat Kad Perubatan yang memberikan perlindungan RM100,000 setahun. Selepas setahun mengambil pelan Medical Card ini, Isteri En Ali selamat melahirkan anak mereka yang ke 4. En Ali hanya perlu memberikan salinan surat beranak anaknya dan menandatangani 2 borang pengesahan tanpa perlu menambah bayaran.

2) Perlindungan Medical Card AIA Public Takaful boleh diambil secara
a) Individu
b) Pasangan
c) Keluarga
d) Ibu dan Anak
e) Bapa dan Anak

3) Mempunyai 3 unjuran manfaat untuk pelan tanpa simpanan dan 7 unjuran manfaat untuk pelan beserta simpanan.

4) Pilihan untuk menambah limit tahunan dari RM100,000-RM260,000 menjadi RM1,100,000 – RM1,760,000

Sejak 2011 AIA Public Takaful telah menjadi penanda aras untuk perlindungan Medical Card berasaskan syariah dengan memberikan perlindungan yang tinggi dengan sumbangan yang rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Medical Card AIA Public Takaful sila

Call/Whatsapp Yusnan 019-5732636

Call/Whatsapp Yusnan 019-5732636

Atau email kepada nadiinsan.7@gmail.com

AGENT/PERUNDING TAKAFUL DIPERLUKAN!!!

Terima Kasih Untuk Semua

Assalamualaikum WBT…

Alhamdulillah sekali lagi kami di nadi insan menjadi the one and only muslim district agency yang di nobatkan sebagai Million Dollar Agency di Northern Region. Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua terutamanya rakan rakan online, sahabat yang banyak membantu, rakan rakan agent yang banyak memberi sumbungan, keluarga dan lain lain. Tanpa sokongan anda semua, mana mungkin kami dapat mencapai anugerah ini.

Kini Kumpulan Nadi Insan yang dilahirkan di Kulim,Kedah sudah berkembang ke Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Penang, Sungai Petani, Alor Star, Jitra dan Perlis.

Jika Anda inginkan perkhidmatan yang terbaik dalam menguruskan risiko atau ingin berkerjaya bersama kami bolehlah menghubungi saya di talian 019 573 2636.

Come Join Us and be Part of the great Team for your Future and success.

image

 

Pengetahuan Takaful

KEPENTINGAN TAKAFUL

Kebanyakan dari kita hari ini telah terbuka minda untuk memiliki takaful, tetapi adakah kita memahami sepenuhnya terma2 dan syarat2 yang terkandung dalam polisi tersebut??

Medikal Kad

Setiap kad perubatan dari mana2 syarikat takaful mempunyai “tempoh menunggu” untuk client menggunakan kad tersebut..contohnya 30 hari, 120 hari waiting period..WALAUBAGAIMANA PUN syarikat mempunyai hak untuk DECLINE GL (client perlu PAID & CLAIM) dan syarikat melakukan “claim investigation” sekiranya terdapat keraguan pada kes “sakit” kita itu.. hal ini sudah tertera pada polisi (Fasal Ketidakbolehtandingan/ INCONTESTABILITY CLAUSE)..rujuk pada attachment..(semua syarikat mengenakan klausa yang sama)

Hal ini adalah untuk melindungi syarikat takaful dari berlakunya penipuan ataupun fraud. Terlalu banyak fraud claim sejak medikal kad wujud dalam industri insuran. Dulu syarikat AETNA lingkup gara2 isu fraud claim.http://en.wikipedia.org/wiki/Aetna… Agen yang tak beretika banyak sembunyi fakta. Bila clause ini wujud, ia menyusahkan semua orang termasuk agen2 yang jujur.

Penyakit yang boleh mincontest1enimbulkan KERAGUAN.

Penyakit2 ini seperti penyakit yang mengambil masa (tempoh) untuk wujud dalam badan kita contohnya batu karang..penyakit ini mengambil masa untuk berlaku bukannya tiba2 ada batu karang….selain itu sakit/pembedahan sedia ada seperti pembedahan cyst..walaupun kita dah buang cyst tetapi kebarangkalian untuk wujud semula itu ada…so semua2 contoh2 ini tergolong dalam “penyakit KERAGUAN” . bila keadaan ini terjadi, syarikat takaful akan melakukan claim investigation.

Bagaimana claim investigation ini dilakukan? Syarikat akan menghantar surat kepada hospital atau klinik berdekatan tempat kerja atau rumah client untuk memohon sekiranya ada report berkenaan sakit tersebut tanpa pengetahuan client dan agen.. Jika client declare yang dia tidak pernah sakit dan tiada rekod, usah bimbang…InshaAllah claim akan lulus.

Kita juga perlu tahu definisi PENYAKIT KRITIKAL…kebanyakan penyakit kritikal ini di difinasikan pada stage2 akhir seperti kegagalan kedua2 buah pinggang..kalau dr suspek kita ada masalah buah pinggang tetapi kedua2 buah pinggang kita masih berfungsi dan xperlu dialisis..adakah itu dikira penyakit kritikal?

Takaful hanya membantu meringankan beban perubatan kita dan bukannya membawa keuntungan berlipat kali ganda. Istilah “aku dah ada takaful, so tak payah la aku bayar kos perubatan” kena dikaji semula..sbb apa? Beberapa perkara yaincontestng anda perlu tahu..medikal kad tersebut adakah mengandungi KO-PAYMENT?.. kalu ada, anda perlu share bil hospital ngn syarikat takaful..kebanyakan anda perlu bayar 10% dari total bil..so di mananya yg part “aku tak perlu bayar” tadi.. walaupun kita ada kad perubatan, kita perlu juga standby..takut2 perkara begini berlaku..jika kita declare segalanya dan kita tiada sakit sebelom ni, kebanyakan claim akan lulus.

Apa yang perlu kita lakukan??

So, bagi kita yang tak ada lagi takaful, apa ditunggu lagi?

Kebanyakan kita masih menunggu2 nak survey dulu la..berfikir panjang sehingga berminggu-minggu berbulan-bulan kemudian baru kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit yg “MERAGUKAN” tak boleh nak claim sbb tak cukup tempoh menunggu…so apa akan jadi? Client marah la pada agen..sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini dengan mengambil takaful lebih awal.. tetapi kalau kita bertindak awal dan nak jadi juga, tak boleh nak buat apa2 la..itu dah takdir Ilahi, sekurang kurangnya kita dah beri yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.

Wassalam..

Di petik dari lama facebook sahabat Azri

Pelan Perlindungan Pendapatan yg Terbaik

Perlindungan Pendapatan… Ramai diantara kita yang  tidak tahu kepentingan pelan perlindungan pendapatan. Seperti yang kita lihat di dada-dada akhbar dan rancangan bersamamu, ramai saudara kita yang terpaksa meminta minta demi sesuap nasi apabila mereka tidak lagi mampu melakukan pekerjaan akibat lumpuh atau sakit kritikal.

 

imageimage

Semasa kita sihat, kita boleh bekerja untuk mencari rezeki dan memberikan sedikit kemewahan kepada keluarga. Tetapi kita tidak terfikir untuk melindungi pendapatan kita disebabkan kita tidak terfikir ia mungkin akan berlaku kepada kita. Banyak rahsia yang kita tidak tahu akan berlaku di masa hadapan. Langkah terbaik adalah membuat persiapan untuk perkara yang paling teruk yang mungkin berlaku bak kata omputih prepare for the worst, pray for the best.

image

Antara persediaan yang boleh kita buat adalah dengan melindungi pendapatan. Di AIA Public Takaful, jika anda membuat pelan perlindungan pendapatan dan berlaku Hilang Upaya Kekal yg menyebabkan anda tidak mampu bekerja, syarikat akan mengantikan pendapatan anda dengan memberikan pendapatan tahunan anda setiap tahun sehingga umur mencapai 75, atau sehingga mati atau sehingga anda kembali pulih.

Ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan pelan ini

Hubungi Yusnan 019-5732636 atau email kepada nadiinsan.7@gmail.com