Tag Archives: halal

Utusan Malaysia

Assalamualaikum wbt

Kelmarin saya mendapat panggilan dari pengarang Utusan Malaysia berkenaan sambutan generasi muda terhadap insurance/takaful.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-muda-kurang-kesedaran-kepentingan-miliki-insurans-1.116657

image

Alhamdulillah dapat berkongsi sedikit info dan berharap rakyat Malaysia mendapat manfaat dari perkongsian terbabit..

Ramai yang masih tidak tahu kepentingan Takaful dan bagaimana Takaful dapat membantu dikala musibah menimpa. Ramai juga yang mencarum di takaful sekadar ‘janji ada’ dan tidak tahu manfaat dan adakah takaful yg di ambil memenuhi keperluan kita.

Rancanglah kewangan anda sebaik mungkin supaya ia dapat membantu anda di masa hadapan.

Hubungi saya Yusnan 019 5732636 untuk mendapat maklumat lanjut

Rebrand

Alhamdulillah,

Mulai 1 Mac 2014 AIA AFG Takaful Berhad akan di kenali dengan nama baru iaitu AIA Public Takaful Berhad. Nama yang terhasil setelah syarikat AIA membeli ING Public Takaful EHSAN Berhad. Dengan pembelian ini, AIA Takaful dapat memberikan servis yang lebih baik kepada ahlinya dengan menambah baik sistem kemasukan ke hospital. Syarikat AIA sudah memulakan sistem ‘swipe card’ di sesetengah hospital dengan memberikan kemudahan kemasukan Tanpa deposit. Untuk ahli yang sudah memiliki kad perubatan dengan AIA AFG Takaful Berhad, Syarikat akan menghantar Kad Baru kepada semua ahli supaya semua ahli mendapat manfaat.

image

 

Jika anda masih belum memiliki plan yang terbaik ini, hubungi Yusnan 019-5732636 atau email ke nadiinsan.7@gmail.com

2014 Pastinya Lebih Hebat

Alhamdulillah, dengan izin dari Allah kita bakal bertemu dengan tahun 2014, Tahun 2014 menjanjikan lebih banyak kelebihan kepada anda, Diantaranya jika anda Fresh Agent yang menyertai AIA Public Takaful, anda boleh menyertai skim STS yang memberikan elaun sebanyak RM3,000 sebulan. Yang lebih menyeronokkan semua agent samaada baru atau lama berpeluang memenangi berbagai hadiah menarik dan pakage pelancungan jika berjaya mencapai target yang diberikan.. Antara hadiah-hadiah yang telah disediakan untuk tahun 2014 adalah:

image image image image image image image

Claim

Terima Kasih kerana mengunakan perkhidmatan kami.

Alhamdulillah setelah 3 hari dimasukkan ke wad akibat demam berpanjangan, anak sahabat saya telah pulih dan dikeluarkan dari wad. Beliau hanya perlu membayar RM165 kerana upgrade bilik dari RM150( 2 person sharing) kepada bilik RM200(single)

Insyaallah untuk rawatan susulan (jika ada) kita boleh claim sehingga 120 hari selepas keluar wad.

image

Inginkan Yang Terbaik

Setiap ketua keluarga pasti menginginkan setiap ahli keluarganya mendapat yang terbaik. Seorang Ayah atau Ibu pasti akan cuba untuk memberikan makanan yang terbaik, pakaian yang terbaik, tempat tinggal yang baik, pembelajaran yang terbaik.

dan semestinya juga perubatan yang terbaik. Tetapi amat menyedihkan apabila masih ramai keluarga yang tidak dapat memastikan setiap ahli keluarga mereka mendapat yang terbaik kerana kekangan kewangan.

family

Alhamdulillah AIA TAKAFUL  telah mengkaji masaalah ini dan telah menginovasikan suatu plan yang dapat membantu ramai IbuBapa dalam memastikan diri dan anak-anak mendapat rawatan yang terbaik.

Hanya dengan serendah RM230/bulan sahaja IbuBapa dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM90,000 setiap tahun untuk setiap ahli keluarga* untuk bil perubatan.

Hubungi Yusnan 019 573 2636 atau emailkan ke nadiinsan.7@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Mengapa Bayar Lebih

Suatu ketika dulu kita terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan setiap ahli keluarga kita mendapat khidmat rawatan pakar. Apa tidaknya apabila di’admit’ ke Hospital Pakar, paling tidak RM2000 perlu dibelanjakan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari Dr Pakar(ini baru sehari atau dua). Alhamdulillah apabila syarikat Takaful memperkenalkan Kad Perubatan sekitar tahun 2007, Rakyat Malaysia (Terutama yang Muslim) dapat menikmati rawatan Dr Pakar dengan hanya menyertai plan takaful perubatan. Dengan anggaran sumbangan sebanyak RM100/bulan untuk seorang, peruntukan sebanyak RM50,000 setahun diberikan jika dimasukkan ke wad hospital Pakar.

why pay more

Tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu untuk menyertai plan takaful perubatan ini kerana untuk satu keluarga yang bilangan anaknya 3 org, mereka terpaksa membelanjakan sekitar RM500 untuk memastikan setiap ahli keluarga mendapat perlindungan perubatan. Pada tahun 2011 sebuah syarikat telah menghasilkan satu plan perubatan yang mampu milik dimana dengan hanya RM230 sahaja, setiap ahli keluarga(termasuk anak 4 org) mendapat peruntukan sebanyak RM90,000/tahun untuk setiap seorang ahli keluarga. Kini seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati perubatan dan fasiliti yang terbaik.

Apa yang lebih penting, plan ini dijamin patuh syariah dan disahkan Halal oleh majlis fatwa.

Hubungi saya Yusnan 010 777 5912 @ nadiinsan.7@gmail.com untuk mendapatkan pelan perubatan keluarga yang sangat jimat.

Mengapa bayar lebih?

Kad Perubatan Takaful Terbaik

Kad perubatan AIA AFG Takaful memberikan kemudahan kepada semua peringkat masyarakat dimana dengan serendah RM230 anda sudah mampu memberikan persediaan yang terbaik untuk keluarga anda…

Apa yang terbaik?

1.  Apabila keluarga anda sakit, anda boleh terus mendapatkan nasihat pakar perubatan yang berkenaan dengan masaalah kesihatan keluarga anda.

– Tidak perlu appointment, terus walk-in ke hospital pilihan anda..

– AIA AFG Takaful mempunyai lebih dari 70 hospital panel di seluruh Malaysia yang boleh anda pilih untuk mendapatkan rawatan.

2. Anda tidak perlu runsing tentang bil yang bakal anda terima sebab dengan hanya RM230 AIA AFG Takaful menyediakan dana sebanyak RM90,000 untuk setiap ahli keluarga dan untuk setiap tahun.

– Ahli keluarga termasuk Suami, isteri dan 4 orang anak.

– Tiada had seumur hidup, jika perlu anda boleh menggunakan RM90,000 setiap tahun sehingga umur anda 99 tahun.

3. Jika anak anda dimasukkan ke hospital, penjaga akan diberikan peruntukan RM90 untuk makan dan tempat tidur.

4. Jika anda terpaksa dipindahkan ke luar negara untuk perubatan, AIA AFG Takaful menyediakan RM500,000 untuk memindahkan anda ke sana menaiki special medical flight.

Terdapat banyak lagi kebaikan apabila anda menyertai AIA AFG Takaful.

Hubungi saya Yusnan 010-777 5912 atau email ke nadiinsan.7@gmail.com

Status Produk Investment link Insurance menurut pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan

Dipetik dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-ke-atas-produk-investment-link-menurut-islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.

Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.

  
Keterangan/Hujah:
LATAR BELAKANG
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan hukum penyertaan dalam produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional di negara ini. Isu ini juga timbul di Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia yang diadakan di Hotel Pan Pacific KLIA Sepang.
Investment Link (produk yang berkaitan dengan pelaburan) ialah program tabungan berasaskan pelaburan saham secara berkelompok yang pemilikannya dikira mengikut jumlah unit seperti saham amanah dan digabungkan pula dengan manfaat insurans nyawa (life insurance). Dengan kata lain, wang caruman insurans (premium) dilabur untuk memperoleh keuntungan dan pada masa yang sama peserta turut mendapat jaminan perlindungan melalui produk insurans nyawa, jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa peserta atau pemiliknya.Maklumat berkaitan produk Investment Link adalah seperti berikut:

a. Faedah utama produk : antara faedah utama ialah perlindungan kewangan akibat kematian dan keilatan kekal. Peluang-peluang pelaburan. Fleksibel dalam memilih perlindungan yang dikehendaki.
b. Syarikat-syarikat yang menawarkan produk: Di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Maybank Takaful menawarkan produk Investment Link yang mematuhi syariah. Syarikat-syarikat ini melabur dalam sekuriti lulus syariah dan menawarkan perlindungan takaful. Syarikat-syarikat insurans konvensional yang menawarkan produk ini ialah AM-Assurancelink, AIA Co. Ltd dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.
c. Perbezaan operasi syarikat-syarikat dalam menguruskan produk:
TAKAFUL MALAYSIA
GREAT EASTERN
Akad Investment Link antara syarikat dan peserta
Akad yang digunakan Takaful Malaysia berasaskan akad wakalah bil-ujrah
Akad yang digunakan ialah akad jual beli insurans yang mempunyai unsur gharar, riba dan judi
Pelaburan
Pelaburan melibatkan kaunter-kaunter lulus syariah sahaja
Pelaburan terutama dana amanah Islam (dana restu) melibatkan kaunter lulus syariah
Jawatankuasa Syariah
Takaful Malaysia mempunyai Jawatankuasa Syariah peringkat organisasi untuk memantau pelaburannya.
Great Eastern tidak mempunyai Jawatankuasa Syariah peringkat organisasi untuk memantau pelaburannya.
Akta yang mengawal
Takaful Malaysia beroperasi berasaskan Akta Takaful 1984 dan Peraturan-peraturan (Akta 312)
Great Eastern beroperasi berasaskan Akta Insurans 1996 (Akta 546).
HUJAH DAN DALIL
Isu syariah yang timbul dalam Investment Link ialah sebahagian wang caruman (premium) peserta digunakan untuk membeli polisi insurans konvensional dan sebahagian yang lain dilabur dalam pelaburan saham amanah Islam. Dalam erti kata lain peserta mencarum misalnya RM100 sebulan, sejumlah RM55 digunakan untuk caruman polisi insurans konvensional manakala baki RM45 digunakan untuk melabur dalam saham amanah Islam. Oleh yang demikian, penentuan hukum berdasarkan prinsip-prinsip syariah dan keputusan fatwa yang telah ditetapkan seperti berikut:
a. Keputusan Fatwa
Keputusan fatwa berkaitan insurans (konvensional) telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertarikh 15-16 Februari 1979. Keputusan fatwa tersebut ialah:
Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu matlamat yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu: mengandungi gharar (ketidaktentuan); mengandungi unsur judi; mengandungi muamalah riba.
Berdasarkan keputusan fatwa ini, kontrak insurans yang wujud pada hari ini adalah haram hukumnya. Sehubungan itu, perlindungan insurans konvensional yang digabungkan dalam produk Investment Link adalah bercanggah dengan hukum syarak.
b. Suruhanjaya Sekuriti
Peraturan Suruhanjaya Sekuriti menyatakan mana-mana syarikat yang ingin melaburkan wang saham amanahnya dalam sekuriti lulus syariah hendaklah melantik Jawatankuasa Syariah bagi mengawasi dan memastikan pelaburannya berlandaskan prinsip syariah.
Dalam konteks ini Takaful Malaysia dan Maybank Takaful mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah masing-masing bagi memantau pelaburan yang dibuat manakala syarikat insurans konvensional pula tidak menubuhkan Jawatankuasa Syariah kerana Akta Insurans 1993 tidak mengkehendaki berbuat demikian. Walaupun syarikat ini mendakwa pelaburan Investment Link mereka adalah lulus syariah dan merujuk kepada Jawatankuasa Syariah syarikat atau bank lain, tetapi disebabkan ketiadaan Jawatankuasa Syariah dalaman di peringkat organisasi sebagaimana yang disyaratkan oleh Guideline On Unit Trusts menyebabkan dakwaan ini sukar diterima.Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009