Tag Archives: PRU

Takaful dan kepentingannya

Pada tahun 2015, ‘panetration rate’ insurans / takaful di Malaysia keseluruhan berjumlah 55.7%, di mana insurans conventional merangkumi 41.2% market dan takaful pula merangkumi 14.5% market. Dari statistik ini menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia yang masih belum dilindungi. Sasaran negara untuk memastikan minimum 75% rakyat malaysia memiliki perlindungan insurance/takaful hampir tercapai.


Sebenarnya, kita tidak tahu bila masa kita akan tiba, dan kita tidak tahu apa akan terjadi kepada kesihatan kita pada masa akan datang.

Saya telah menulis banyak perkara tentang kepentingan mempunyai pelan perlindungan. Walaupun anda sudah mempunyai perlindungan, anda harus mengkaji semula perlindungan anda untuk memastikan anda tidak berada di bawah atau di atas paras keperluan

Tiada siapa yang mahu mengakui bahawa mereka mungkin boleh jatuh sakit atau meninggal dunia awal. Tetapi apa yang lebih teruk daripada itu adalah untuk tidak mempunyai pelan takaful di kala kita sangat memerlukan, atau mempunyai perlindungan yang tidak mencukupi pabila ditimpa bencana. Ini akan membuatkan waris perlu menghadapi detik mencabar kerana bukan sahaja untuk meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang, hutang yang ditinggalkan juga perlu di lunaskan.

Walaupun mendapat perlindungan takaful adalah penting, adalah lebih penting untuk mendapatkan perlindungan yang betul dan mencukupi. Untuk mendapatkan perlindungan yang betul dan mencukupi, beberapa soalan perlu anda tanya kepada penasihat takaful anda.

Tunggu posting saya yang seterusnya untuk mengetahui soalan yang perlu anda tanya kepada agent/life planner anda

 

jika tak sabar menunggu boleh hubungi saya

Call/Whatsapp  019-573 2636

Pengetahuan Takaful

KEPENTINGAN TAKAFUL

Kebanyakan dari kita hari ini telah terbuka minda untuk memiliki takaful, tetapi adakah kita memahami sepenuhnya terma2 dan syarat2 yang terkandung dalam polisi tersebut??

Medikal Kad

Setiap kad perubatan dari mana2 syarikat takaful mempunyai “tempoh menunggu” untuk client menggunakan kad tersebut..contohnya 30 hari, 120 hari waiting period..WALAUBAGAIMANA PUN syarikat mempunyai hak untuk DECLINE GL (client perlu PAID & CLAIM) dan syarikat melakukan “claim investigation” sekiranya terdapat keraguan pada kes “sakit” kita itu.. hal ini sudah tertera pada polisi (Fasal Ketidakbolehtandingan/ INCONTESTABILITY CLAUSE)..rujuk pada attachment..(semua syarikat mengenakan klausa yang sama)

Hal ini adalah untuk melindungi syarikat takaful dari berlakunya penipuan ataupun fraud. Terlalu banyak fraud claim sejak medikal kad wujud dalam industri insuran. Dulu syarikat AETNA lingkup gara2 isu fraud claim.http://en.wikipedia.org/wiki/Aetna… Agen yang tak beretika banyak sembunyi fakta. Bila clause ini wujud, ia menyusahkan semua orang termasuk agen2 yang jujur.

Penyakit yang boleh mincontest1enimbulkan KERAGUAN.

Penyakit2 ini seperti penyakit yang mengambil masa (tempoh) untuk wujud dalam badan kita contohnya batu karang..penyakit ini mengambil masa untuk berlaku bukannya tiba2 ada batu karang….selain itu sakit/pembedahan sedia ada seperti pembedahan cyst..walaupun kita dah buang cyst tetapi kebarangkalian untuk wujud semula itu ada…so semua2 contoh2 ini tergolong dalam “penyakit KERAGUAN” . bila keadaan ini terjadi, syarikat takaful akan melakukan claim investigation.

Bagaimana claim investigation ini dilakukan? Syarikat akan menghantar surat kepada hospital atau klinik berdekatan tempat kerja atau rumah client untuk memohon sekiranya ada report berkenaan sakit tersebut tanpa pengetahuan client dan agen.. Jika client declare yang dia tidak pernah sakit dan tiada rekod, usah bimbang…InshaAllah claim akan lulus.

Kita juga perlu tahu definisi PENYAKIT KRITIKAL…kebanyakan penyakit kritikal ini di difinasikan pada stage2 akhir seperti kegagalan kedua2 buah pinggang..kalau dr suspek kita ada masalah buah pinggang tetapi kedua2 buah pinggang kita masih berfungsi dan xperlu dialisis..adakah itu dikira penyakit kritikal?

Takaful hanya membantu meringankan beban perubatan kita dan bukannya membawa keuntungan berlipat kali ganda. Istilah “aku dah ada takaful, so tak payah la aku bayar kos perubatan” kena dikaji semula..sbb apa? Beberapa perkara yaincontestng anda perlu tahu..medikal kad tersebut adakah mengandungi KO-PAYMENT?.. kalu ada, anda perlu share bil hospital ngn syarikat takaful..kebanyakan anda perlu bayar 10% dari total bil..so di mananya yg part “aku tak perlu bayar” tadi.. walaupun kita ada kad perubatan, kita perlu juga standby..takut2 perkara begini berlaku..jika kita declare segalanya dan kita tiada sakit sebelom ni, kebanyakan claim akan lulus.

Apa yang perlu kita lakukan??

So, bagi kita yang tak ada lagi takaful, apa ditunggu lagi?

Kebanyakan kita masih menunggu2 nak survey dulu la..berfikir panjang sehingga berminggu-minggu berbulan-bulan kemudian baru kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit yg “MERAGUKAN” tak boleh nak claim sbb tak cukup tempoh menunggu…so apa akan jadi? Client marah la pada agen..sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini dengan mengambil takaful lebih awal.. tetapi kalau kita bertindak awal dan nak jadi juga, tak boleh nak buat apa2 la..itu dah takdir Ilahi, sekurang kurangnya kita dah beri yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.

Wassalam..

Di petik dari lama facebook sahabat Azri

Nadi Insan is recruiting

Assalamualaikum wbt

Nadi Insan Solution – One of the TOP Takaful agency in AIA PUBLIC TAKAFUL  BHD.

AIA PUBLIC TAKAFUL BHD – One of the TOP Takaful operator in Malaysia.

– Menawarkan produk terlaris tanpa saingan

Nadi Insan Solution sedang mencari Insan yang inginkan kejayaan.

Kreteria yang diperlukan

1. Ingin berjaya

2. Sanggup berusaha bersungguh-sungguh.

3. Boleh bekerja dalam apa jua keadaan.

4. Mampu menguruskan masa sendiri.

image

 

 

 

 

image

 

 

 

Hubungi 019-5732636 atau email kepada nadiinsan.7@gmail.com untuk mengetahui lebih lanjut

Adab-adab bermuamalah

image

Satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan sebagai seorang manusia adalah kebergantungan terhadap pihak lain. Tidak kira sama ada manusia, haiwan atau apa sahaja, manusia tidak mampu untuk hidup sendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain. Sebagai contoh, untuk pergi ke tempat yang jauh kita perlu menaiki kapal terbang. Untuk menggerakkan sesebuah kapal terbang ianya memerlukan juruterbang dan anak kapal. Untuk menggerakkan enjin pesawat, memerlukan bahan api dan bahan api dihasilkan atau diusahakan melalui kerja-kerja carigali yang dijalankan oleh pihak lain.

Demikianlah sebahagian daripada rantaian kehidupan manusia di muka bumi ini. Rantaian sesama manusia pula disebut sebagai hablum minan nas atau kita kenali ianya sebagai satu sistem muamalah. Lazimnya kita hanya menyebut perkataan muamalah apabila berbicara tentang kewangan islam. Namun, sebenarnya muamalah merangkumi semua aspek berkaitan hablum minan nas (hubungan sesama manusia). Ini termasuklah aktiviti jual beli, sewaan, kamunikasi dan sebagainya. Semuanya adalah muamalah. Yang membezakannya adalah sama ada muamalah yang berlaku adalah muamalah yang berlandaskan kehendak islam atau pun muamalah fasad atau batil,

Justeru, dalam konteks artikel ini , penulis ingin menjurus kepada perbicaraan tentang adab-adab bermuamalah di dalam kehidupan khususnya sebagai seorang ejen Takaful. Ini kerana, berdasarkan pemerhatian penulis, ramai yang bermuamalah dengan tidak berlandaskan kehendak agama sebaliknya membelakangi apa yang diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakannya dan melakukan apa yang dilarangNya.

AKHLAK WAKIL TAKAFUL

Seorang wakil takaful harus membawa imej baik bagi syarikat yang diwakilinya. Bagi wakil beragama islam, mereka berperanan sebagai pendakwah yang mana bereka bertanggung jawab mengajak masyarakat supaya bermuamalah dengan cara yang diharuskan oleh syarak iaitu dengan meninggalkan insuran konvensional yang mengandungi perkara-perkara yang batil. Para wakil hendaklah mempunyai niat untuk berdakwah dan menganggap pekerjaannya sebagai wakil merupakan satu ibadah. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ada unsur-unsur kebatilan di dalamnya merupakan satu bentuk ibadah yang akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Wakil atau ejen takaful merupakan orang yang mula-mula berinteraksi dengan peserta. Melalui interaksi ini bakal peserta akan mengenali latar belakang syarikat dan produk-produk yang ditawarkan. Justeru, perlulah wakil menjaga tatasusila dan menunjukkan akhlak yang terpuji kepada bakal peserta. Wakil juga perlu sentiasa mengingati bahawa akhlak yang terpuji menggambarkan dirinya sebagai seorang yang membawa panji islam. Dalam hal ini seharusnya para wakil mencontohi sifat dan akhlak Rasulullah SAW.

Dalam usaha berdakwah dan mendapatkan peserta baru (close the business) para wakil perlu mempunyai empat sifat Rasulullah SAW iaitu as-siddiq (benar), al-amanah (Amanah), at-tabligh (menyampaikan) dan al-fatanah (Bijaksana).

As-Siddiq (Benar)

Wajib bagi seorang wakil takaful bercakap benar kepada peserta. Para wakil tidak seharusnya menyembunyikan fakta-fakta seperti jumlah caruman, jumlah manfaat, nilai serahan dan sebagainya. Para wakil juga perlu menepati janji yang diberikan. Contohnya sekiranya telah berjanji untuk bertemu dengan peserta, maka ia perlu ditunaikan. Kegagalan menunaikan janji kepada peserta akan menyebabkan imej Syarikat yang diwakili terjejas. Para wakil juga perlu berhati-hati dalam pekerjaannya dan memastikan tindakan yang dilakukannya benar menurut pandangan agama. Contoh bagi tindakan yang tidak benar adalah seperti memberikan insentif tertentu kepada peserta atau menjanjikan sesuatu yang tidak pernah dijanjikan oleh syarikat.

Al-Amanah (Amanah)

Wajib bagi para wakil takaful bersifat amanah dalam menjalankan tugasnya. Wakil perlu menguruskan sumbangan/caruman peserta dengan baik dan tidak mengkhianati peserta seperti mengambil caruman peserta dan tidak menyerahkannya kepada Syarikat. Akibatnya pihak syarikat tidak dapat meneruskan perlindungan terhadap peserta. Contoh perbuatan lain adalah seperti mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga demi mengaut keuntungan. Perkara seperti ini tidak harus dilakukan oleh seorang ejen atau wakil takaful.

At-Tabligh (Menyampaikan)

Wajib bagi para wakil takaful menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat. Wajib juga bagi mereka menyampaikan setiap mesej atau maklumat yang disampaikan oleh syarikat dari masa ke masa. Para wakil tidak seharusnya menyampaikan tentang perkara-perkara yang tidak benar dan tidak tepat demi mendapatkan keuntungan/komisen. Contohnya menyatakan kepada peserta bahawa perlaburan mereka dijamin mendapat keuntungan yang tinggi.

Al-Fatanah (Bijaksana)

Ketika sedang berdakwah, para wakil hendaklah bijaksana dalam mengendalikan suasana dan peserta. Para wakil perlu bertenang dan tidak bertindak terburu-buru. Contohnya jika berlaku kelewatan dalam pengeluaran sijil takaful, wakil perlu menenangkan peserta. Wakil juga harus bijak dalam menguruskan masalah yang timbul.

Selain daripada perkara yang telah dinyatakan, para wakil juga perlu meneruskan sifat-sifat tersebut ketika berkomunikasi dengan pihak syarikat. Seringkali kita mendapati situasi tegang dan suasana yang tidak elok terjadi di antara wakil dan staff yang mewakili syarikat. Isu yang lazim dibangkitkan adalah penegluaran sijil yang lambat dan berkaitan pembayaran komisen. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap syarikat mempunyai kaedah tersendiri dalam pengoperasiannya dan setiap syarikat mempunyai masalah sendiri yang kadangkala agak kompleks untuk dihuraikan.

Walaupun begitu, setiap masalah yang berlaku harus diselesaikan dengan kaedah yang terbaik iaitu dengan bermusyawwarah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kadangkala dengan bermusyawwarah sahaja belum mampu untuk menyelesaikan masalah. Maka perlunya kepada pertanyaan lanjut atau follow up. Dalam situasi ini biasanya akan kelihatan sifat tidak sabar, panas baran, cepat melenting, mengeluarkan perkataan yang tidak enak di dengar dan perkara-perkara mazmumah yang lain. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya para wakil menghayati sifat dan keperibadian Rasulullah SAW. Ingatlah Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh teladan yang perlu kita ikuti.

Justeru, penulis ingin mengingatkan kepada para wakil syarikat agar sentiasa menjaga tatasusila sebagai seorang pendakwah tidak kira ketika berkomunikasi dengan bakal peserta mahu pun pihak syarikat. Ingatlah bahawa akhlak yang mulia ibarat kuntuman bunga, walau di mana sahaja pasti semua orang suka.

Di petik dari blog Ustaz Saifudin : http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2011/08/19/adab-adab-bermuamalah-seorang-wakil-takaful/

Pilu Si Lumpuh

Tajuk muka depan Harian Metro 8 Ogos 2012…

Sedih, Seorang lelaki lumpuh akibat terkena angin ahmar. Yang lebih memilukan ialah isterinya pergi meninggalkannya kerana tidak mampu memikul beban…Mengapa hal ini berlaku??

Dari perpektif saya sebagai perunding kewangan, kebanyakkan sebab yang menjadi punca isteri beliau meninggalkannya adalah kerana kewangan. Ialah bukan nak menjatuhkan air muka atau sebagainya. Cuma untuk mengambil iktibar dari sesuatu yang telah berlaku. Bagaimana jika saudara kita yang lumpuh itu mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan juga kos rawatan. Besar kemungkinan isteri beliau masih boleh tetap disampingnya. Bukan kerana isterinya mata duitan, tetapi dengan kewangan yang mencukupi boleh meringankan beban yang perlu ditanggung oleh isterinya, iaitu isterinya boleh fokus untuk menjaga keperluan dan membawa suaminya mendapatkan rawatan. Tetapi apabila tiada sumber kewangan yang mencukupi, isterinya terpaksa keluar mencari nafkah dan dalam masa yang sama terpaksa memenuhi keperluan suaminya yang terlantar.Besar beban yang perlu ditanggung. Tidak semua orang dapat mengharungi detik-detik sukar ini.

Cuba kita bayangkan apabila perkara tersebut berlaku kepada org terdekat dengan kita, apa yang kita boleh bantu untuk meringankan beban mereka?…Kita hanya boleh menyumbangkan beberapa puluh ringgit setiap kali kita menziarahi mereka..betul tak…Oleh itu saya menyarankan masyarakat terutamanya umat islam supaya membuat persediaan untuk menghadapi detik-detik sukar…Jika kita rujuk surah Yusuf, Nabi Yusuf menyarankan supaya menyediakan dana 7 tahun untuk digunakan diwaktu sukar…Jadi mari kita sama-sama menyediakan dana supaya apabila perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita, kita sudah bersedia.

Bagaimana? dengan hanya menyimpan 10% dari pendapatan anda, anda boleh menyediakan dana kecemasan untuk digunakan sebagai gantian pendapatan. Hubungi saya untuk memulakan simpanan dan perlindungan pendapatan..Yusnan 010-777 5912

A-Medik Campaign

What a great day,

AIA AFG Takaful Bhd melancarkan kempen A-Medik standalone dimana. Individu boleh mendapatkan Kad perubatan dengan harga serendah RM51 sebulan…wow…Apa yang lebih best tiada had seumur hidup…Hanya satu sahaja syarikat Takaful yang dapat memberikan pakage ini. Ada lagi yang lebih menarik, terdapat juga pakage untuk keluarga iaitu suami, istri dan semua anak-anak dengan harga serendah RM230 sebulan…Kalau yang baru berkahwin pun ada pakage pasangan. untuk single parent juga ada iaitu lelaki dan anak-anak atau wanita dan anak-anak….Best betul menyertai AIA AFG Takaful. Produk yang dikeluarkan sangat mesra pelanggan. mudah untuk saya sebagai seorang konsultant dan juga mudah untuk pengguna yang mempunyai budget yang kecil.

Setakat hari ni hanya satu sahaja syarikat takaful yang dapat memberi kemudahan seperti ini,iaitu AIA AFG Takaful Bhd. Selepas majlis pelancaran kempen A-Medik standalone, CEO menyediakan makan petang dan beramah mesra dengan semua konsultan yang hadir. Dapat baju free lagi..

Selepas beramah mesra bersama CEO dan RH..Kami dihidangkan lagi dengan aktiviti Dinner bersama CEO di Hard Rock Hotel Penang dan CEO memberikan pengumuman CASH Insensitive untuk konsultan yang berjaya memasarkan produk A-Medik Standalone, TQ CEO, sambil kita memberikan keselesaan kepada penguna Kad Perubatan AIA AFG Takaful, kita juga mendapat reward dari syarikat.

Alhamdulillah, Kami di AIA AFG Takaful mempunyai plan Takaful Terbaik, CEO dan Staff Terbaik dan juga Syarikat Terbaik. Jadi rugi kalau tak join kami untuk menjadi yang terbaik.

Jadi apa tunggu lagi, Hubungi Saya Yusnan 010-777 5912 or email at nadiinsan.7@gmail.com untuk mendapatkan perlindungan terbaik atau menjadi konsultant di syarikat yang terbaik

We are the Trendsetter

Takaful sudah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 1984 lagi..Jadi mengapa AIA AFG Takaful boleh menjadi Trendsetter untuk industri Takaful……Trendsetter….Apa tu trensetter…

Trendsetter ialah pioneer atau peneraju…Walaupun baru berumur setahun dalam industri takaful, AIA AFG Takaful Berhad atau singkatannya AATB telah menggemparkan industri takaful dengan mengeluarkan pakage-pakage yang ‘BOOM’…Satu-satunya takaful yang memberikan perlindungan maximum sehingga umur 99 tahun…memberikan plan simpanan yang dimana syarikat memberikan cash payout setiap dua tahun….

‘Itu je ker’….

Satu-satunya takaful yang memberikan perlindungan perubatan keluarga yang fleksible…Contoh kepada yang sudah berumah tangga anda boleh memiliki kad perubatan yang melindungi suami dan isteri…bukan itu sahaja, jika sudah memiliki cahaya mata, anda boleh mengambil plan Keluarga  yang melindungi suami isteri dan semua anak-anak. WOW…Jika selepas mengambil plan keluarga anda mendapat cahaya mata yang baru…anak yang baru dilahirkan akan dilindungi selepas 4 minggu tanpa bayaran tambahan…WOW….Apa yang membuatkan ia lebih menarik tiada had seumur hidup….

Nak tau lagi….

Hubungi Yusnan 010-777 5912 or email at nadiinsan.7@gmail.com….Sertai AIA AFG Takaful untuk kesejahteraan keluarga dan masa depan….

 

CEO Conference 2012

Satu lagi event yang dinanti-nanti bakal berlangsung pada 11 March 2012. CEO Conference. Ramai yang tidak sabar-sabar menanti update terbaru tentang industri dan syarikat. Terlalu banyak tanda tanya yang berlegar dikepala setiap Consultant AATB.

So Masih ternanti nanti agency mana yang akan jadi TOP Agency, Berapa ramai consultant yang akan balik bawak I-Pad 2, Black Berry…Banyak sungguh hadiah yang menanti TOP-TOP producer, TOP Recruiter dan bermacam-macam TOP lagi….Yang paling dinanti-nanti pengumuman contest baru dari CEO…contest BALI dah tamat…nak pi mana plk lepas nie…So See You There..

Pilihan ke Kepastian

Dalam hidup kita ni ada dua perkara jer yang akan berlaku….Satu PILIHAN dan satu lagi KEPASTIAN. So apa itu PILIHAN dan apa pulak KEPASTIAN .

PILIHAN

Pilihan adalah sesuatu perkara yang apabila kita hendak melakukannya kita mempunyai pilihan. Contohnya apabila kita hendak membeli kereta kita mempunyai banyak pilihan seperti jenis(Proton,Honda,BMW,Merc), warna(putih,hitam,merah), baru atau terpakai dan lain-lain pilihan. Terpulang kepada kita untuk memilihnya samaada berdasarkan saiz poket or keinginan. Sama juga dengan membeli rumah, jenis pekerjaan, minuman, makanan dan lain-lain perkara yang kita mempunyai kuasa untuk memilih…

KEPASTIAN 

Kepastian pula adalah perkara-perkara yang kita tidak mempunyai kuasa untuk memilih..Contoh seperti sakit. Apabila kita ditakdirkan mempunyai penyakit jantung kita tidak mempunyai kuasa untuk memilih. Kita tak boleh berkata kepada Allah. ‘Ya Allah aku ni masih muda, tak sempat lagi nak membuat simpanan, jangan la bagi sakit jantung bagi demam sudah la’. Kita tak boleh pilih sakit apa yang kita nak… Ataupun  satu lagi contoh kehidupan..hidup dan matinya kita semuanya berlaku dengan kehendak Allah yang maha Esa. Apabila kita ditakdirkan untuk mati, kita dah tak boleh tukar dah…kita tak boleh kata ‘Ya Allah jangan lah engkau matikan aku lagi, masih banyak lagi amal kebajikan yang aku tak buat lagi, anak hamba mu ini masih kecil lagi bagai mana anak kecil ini mahu meneruskan kehidupan, Ya Allah bagi discount la sikit lagi 10 tahun jadi la’. Boleh tak kita buat permintaan macam nie…

So untuk menghadapi situasi PILIHAN sangat mudah. Kita hanya perlu membuat pilihan yang bijak, jangan mengikut nafsu. Tetapi bagaimana pula untuk menghadapi KEPASTIAN. ..Saya boleh bagi sedikit Tips.

  1. Selalu lah berdoa kepada Allah.
  2. Ikut saranan Saidina Ali (ra). Beribadatlah seperti esok kita akan mati dan bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun.
  3. Buat persiapan kewangan supaya keluarga tidak ditinggalkan dalam keadaan meminta-minta. Untuk membuat persediaan kewangan kita boleh membuat simpanan tetap di bank-bank atau lebih baik lagi membuat simpanan di AIA AFG Takaful.
  • Mengapa saya kata menyimpan di AIA AFG Takaful lebih baik dari simpan di bank? Apabila kita menyimpan di AIA AFG Takaful dan kita menghadapi situasi KEPASTIAN, banyak masaalah kita yang akan diselesaikan oleh AIA AFG Takaful contohnya: Apabila kita diuji dengan penyakit, apa masaalah kita? Kewangan untuk membayar bil rawatan-betul tak?. Jika kita menyertai AIA AFG Takaful, Syarikat akan menanggung kos perubatan bagi pihak kita dan simpanan kita tidak diganggu. Best tak. So hubungi saya Yusnan 0195732636 untuk membuat PILIHAN yang bijak…

Apabila kita mengamalkan tips yang saya berikan insyaallah apabila kita menghadapi situasi KEPASTIAN kita dapat menghadapinya dengan tenang dan tabah. Jadi semasa kita masih lagi mempunyai pilihan, buat lah pilihan yang tepat. Hubungi Yusnan 0195732636 jika anda ingin membuat PILIHAN yang terbaik.